Isnin, 24 Oktober 2011

aku ingin bernyanyi

dengarlah

lagu yang ku nyanyikan

tika bulan suram

batu kelihatan seperti hidupan

dan laut menghempas pantai

...dengarkanlah..

bintang ketawa riang

dan buruj tak lagi seperti bentuknya

karna gembira yang meledak

lihatlah..

gadis berlari sambil tersenyum

umpama dunia di hujung bibirnya

lihatlah..

matanya yang berpinar

dan berkilau seperti kaca

rasailah

aku kembali hidup

setelah bertahun aku terkubur

kini aku ingin bernyanyi

kini aku ingin berpuisi

kini aku ingin hidup dan terus hidup

dan.. berdoalah

agar kau dengar nyanyianku

dan bernyanyilah bersamaku.