Selasa, 14 Julai 2009

'malam-malam begini'

'malam-malam begini,'

ku harus mengingatimu,

walau hanya sedetik cuma,

cukup untuk melepas rinduku padamu,

' malam-malam begini,'

ku harus melupakan mu,

kerna hanya 'melupakanmu' membuat hatiku bahagia,

'malam-malam begini,'

hatiku sangat dekat padamu

walau ku tahu,

hatimu begitu jauh dariku,

'malam-malam begini,'

ingin benar aku tidur

untuk mencarimu dalam mimpi-mimpiku,

'malam-malam begini '

aku selalu juga tahu

kau sangat-sangat membenciku,

'malam-malam begini,'

ku mohon maafkanlah aku.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan